Tempat Misteri Di Dunia





NO ENTRY!!!!hehehe...bkn takleh msok
sjew2 jew K-C ckp cmwu...wokeh2..
mse wu K-C pernah share bout tmpt2 yg menarik kan??
Kali ni K-C nak kongsi bout tmpt2 yg misteri lak
knp misteri???

Jom Layanzz




1. Rapa Nui

Pulau ini berada di antara Tahiti dan Chile
Meraih populariti antabangsa kerana patung besar yg luar biasa dan berbentuk wajah manusia.
Setiap patung tingginya 14 kaki (sekitar 4 meter), berat sekitar 14 tan dan dibuat daripada batu vulkanis, dan merupakan hasil karya dari masyarakat Rapa Nui.
Sampai sekarang masih belum diketahui bagaimanakah patung ini dibuat dengan teknologi primitif yang dimiliki masyarakat tersebut.
Terdapat berbagai teori mengenai asal kewujudan patung tersebut, termasuklah teori biasa yang mengatakan bahawa patung ini hasil UFO. Tetapi, sampai sekarang tiada satu  dari semua teori yang ada belum terungkap.



2. Mesir

Berada di Afrika Utara, negara ini memiliki lebih dari 80 piramid yang di sepanjang sungai Nil
Masing2 tingginya hampir 100 meter, dan terbuat dari batu bersaiz besar dengan berat masing-masing mencapai 100 ton
Sampai sekarang legenda mengenai piramid masih mengundang berbagai teori,mitos dan kepercayaan baru juga muncul. Antara semua piramid, piramid tertinggi adalah Piramid Cheops
Semua piramid yg dibangunkan hanyalah dengan timbunan satu batu diatas batu yg lainnya. Tidak ditemui sebarang pelekat, paku atau apapun yg digunakan dalam pembuatan piramid
Semua batu disusun dengan teliti sehingga tiada kesan retakan pada permukaan batu
Perbincangan mengenai teknik pembangunan yang digunakan juga belum terjawab sehingga saat ini.


3. Bermuda 

Terletak di Atlantik Barat Laut
Dalam segitiga ini terdapat 7 pulau besar dan 150 pulau kecil yang sebenarnya adalah gugusan karang.
Juga di sbeut sebagai segitiga seta- semua alat teknologi tinggi dan semua alat navigasi tidak mampu berfungsi dengan betul di tempat tersebut
Dikatakan dalam lingkungan segi tiga ini mempunyai gelombang magnet yang amat kuat sehingga merosakkan bacaan radar dan kompas.
Tiada siapa yang tahu mengapa dan bagaimana mahu merungkai perkara ini.




4. Antartika

Antartika adalah tempat yang sangat tidak sesuai untuk dihuni oleh manusia
Begitu banyak perubahan dan fenomena yang sampai sekarang menjadi rahsia besar buat sebahagian besar dari kita
Memiliki banyak misteri, dari 14 juta kilometer benua tertutup salji dan ais dengan ketebalan antara 2000 sampai 4800 meter, tetapi ada juga pulau yang kering keseluruhannya, dan disebut “Lembah kering tanpa salju”.



5. Xinjian 

Di kota ini, terdapat daerah terbengkalai yang disebut “Moguicheng” atau kota iblis.
Beberapa ‘istana’ di Moguicheng menimbulkan suara aneh yang tidak jelas darimana asalanya
Jika anda mendekati kota iblis ini di hari panas dengan angin sepoi-sepoi, anda akan mendengarkan ritma manis, seperti 10 juta loceng kecil atau 10 juta gitar bermain bersama dengan sungguh indahya.
Tapi jika angin kencang mendatang, maka suara yang timbul dari istana-istana itu di baratkan seperti raungan singa, tangis bayi atau lolongan serigala.



6. Stonehange

Stonehenge adalah susunan batu misteri di daerah pinggiran English
Masih tidak ada siapa yang tahu tujuan sebenar pembinaannye.
Adakah sebuah istana?Adakah sebuah tempat pemujaan??
Tiada siapa yang tahu..


7. Henan

Di Henan, Cina, anda akan menemukan daerah anomali geotermal yang disebut “bingbing bei” atau punggung ais.
Semua wilayah Cina memiliki perubahan musim yang normal, para penduduk di daerah barat Propinsi Liaoning, Cina, memiliki suhu hangat yang tetap.
Tetapi pada musim panas, fenomena ajaib ini akan berlaku.Ketika suhu udara mencapai suhu 30 darjah Celsius dan matahari bersinar dengan cerahnya, perubahan besar-besaran terjadi, dan suhu satu meter dibawah tanah mencapai -12 darjah Celsius, sehingga tanah membeku dan semua air berubah menjadi ais.


8. Air Terjun Niagara

Air Terjun ini terkenal sebagai tempat persinggahan pelancong
Keajaiban alam ini terletak di perbatasan Kanada dan Amerika
Air terjun ini meliputi daerah seluas 250,000 batu persegi dan aliran airnya dapat mencapai 250,000 kaki kubik sejam.


9. Geyser

Geyser adalah aliran air panas yang menyembur dari permukaan tanah.
Geyser selalu nampak menarik dan misteri.
Salah satu tempat di Reykjavik, ibukota Iceland, terkenal dengan geysernya yang diameter-nya mencapai 20 meter dan ketika hujan, anda dapat menemukan pemandangan yang menakjubkan iaitu aliran air yang menyembur begitu luar biasa sehingga mencapai ketinggian 70 meter
Jika anda mengunjungi Cina pula, lawatlah sungai Yangbo, Tibet. Anda akan dpt menyaksikan geyser menyembur dengan iringan suara yang mengejutkan setiap beberapa minit sekali. Diameter semburan air panas ini mencapai 2 meter dan ketinggian semburannya dapat mencapai 20 meter.




10. Pulau Arran dan Orkney

Dua pulau di Scotland ini adalah harta rahsia sejarah terpenting. Terletak di lautan Scotland yang dingin, kedua-dua pulau ini menarik pelancong dengan sejumlah bangunan/istana, runtuhan bangunan, lingkaran batu dan kuil-kuil kuno.




0 comments:

Post a Comment

Singgah jew kew?? Komen skit..hehe