Sultan pon ade elaun



DAULAT TUANKU
Entry ni K-C buat tok inform satu rahsia bout Sultan2 kita...
bkn nak bruk2 kan ler...derhaka dgn sultan nanti..hehehe
ok ok ok...sebagaimana yg kita tahu..
Malaysia ialah negara yang banyak raja..btol ta???
setiap negeri ade sultan dan raja...
dan kita semua dipayungi oleh Yang Di Pertuan Agong....
K-C bkn nak cter bout sejarah..tp nak cter bout elaun Sultan niyh
nak tahu??

Jom Layanzz

K-C bermula dengan elaun untuk Agong dan Permaisuri Agong..ok

Elaun ini adalah dibawah Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja 1982) bagi bajet tahunan bagi Agong yang mana ia akan dibayar secara bulanan kepada Agong. Tahun 2006, terdapat usul kenaikan gaji Agong bersama-sama terhadap pemaisuri Agong yang mana telah diluluskan.

Jumlah sebulan Agong ialah RM87,880.

1. Privy Purse                                   – RM608,400 (atau RM50,700 sebulan)
2. Entertainment allowance            – RM202,800 (atau RM16,900 sebulan)
3. Istana Negara Royal Allowance – RM243,360 (atau RM20,280 sebulan)

Jumlah sebulan Pemaisuri Agong ialah RM16 339.

1. Privy Purse                                   – RM113,568 (atau RM9,464 sebulan)
2. Entertainment allowance            – RM36,504 (atau RM3,042 sebulan)
3. Istana Negara Royal Allowance – RM46,800 (atau RM3,833 sebulan)


Selain daripada tu, setiap tahun Agong akan memperolehi lebih RM53 juta bagi menampung perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan juga kos pemberian gaji kakitangan istana. Pecahan perbelanjaan di istana adalah seperti berikut :

1. Perbelanjaan istana dan sambutan tetamu     – RM52,259,100
2. Gaji kakitangan istana                                        – RM1,004,880
3. Bounty Diraja, pemberian dan khidmat khas – RM50,000


Pencen khas untuk balu pemaisuri Agong

Elaun sebegini adalah pencen untuk balu Pemaisuri Agong. Contohnya jikalau kalau Agong tu mangkat semasa baginda sedang memgang tugas sebagai Agong, jadi pemaisuri Agong yang sudah menjadi balu akan turut menerima pencen seperti ini yang tertakluk di bawah Undang-undang Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979).

1. Pencen seumur hidup                               – RM4,500 
2. Kereta(cukai dan pendaftaran)               - RM250,000
3. Pemandu dan penyelenggaraan kereta  -RM2,590.87 
3. Rumah Kerajaan                                        - RM750,000


Ni plak elaun untuk bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong

Rupanya setiap bekas Agong yang mengikut giliran akan turut menerima elaun bekas Agong dan bekas pemaisuri Agong. Ini sudah tertakluk di bawah peruntukkan undang-undang-undang Malaysia Akta 270 (Akta Istana Negara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006. Dibawah akta ni juga elaun akan dibayar kepada bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong setiap bulan bagi tempoh seumur hidup.


Boleh dikatakan di Malaysia, kebanyakan Sultan sudah merasa menjadi Agong. Selain memperolehi elaun Sultan mereka turut menikmati elaun bekas Agong setiap bulan iaitu :

1. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Agong                      – RM15,180 sebulan
2. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Permaisuri Agong – RM4,500 sebulan


Elaun Sultan dan kerabat Diraja

Elaun untuk Sultan dan kerabat diraja di setiap negeri adalah di bawah peruntukkan negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan Diraja. Jumlah yang elaun Sultan Kedah ada sebanyak RM68,080 sebulan:

1. Elaun Sultan               – RM52,600 sebulan
2. Elaun keraian Sultan - RM15,480

Manakala jumlah yang diterima oleh Sultanah adalah sebanyak RM14,600 sebulan.

1. Elaun Sultanah                 – RM12,000 sebulan
2. Elaun peribadi Sultanah – RM2,600 sebulan

Elaun-elaun lain yang diterima kerabat Diraja di Malaysia setiap bulan adalah seperti berikut:

Raja Muda                                – RM13,000
Raja Puan Muda                     – RM5,200
Tunku Bendahara                   – RM4,000
Isteri Tunku Bendahara        – RM1,250
Tunku Temenggung               – RM3,500
Isteri Tunku Temenggung    – RM900
Tunku Laksamana                 – RM3,000
Isteri Tunku Laksamana      – RM600
Anak-anak Sultan                  – RM1,000




Komen K-C
Kalau lah ade duit sebyk wu...duduk sng lenang goyang kaki smbil tgk astro le jwbnye
hehehehe
PEACE

0 comments:

Post a Comment

Singgah jew kew?? Komen skit..hehe