Pelajar Dan Guru Dilarang Menyertai BERSIH



BERSIH...isu hangat negara kita skrang....
BERSIH ni adalah untuk tuntut kesamaan hak dalam pilihan raya
tp pew yg K-C nmpak...byk kerosakan berlaku...
even ade yg menghasut tok join BERSIH niyh...
kini golongan yg bergiat dlm sektor pendidikan juga terlibat sama
dalam peperangan politik niyh...guru dan pelajar juga ade yg terlibat

Jom Layanzz

sumber dari Utusan


KOTA KINABALU 4 Julai - Guru dan pelajar yang didapati menyertai himpunan haram Bersih pada Sabtu ini akan dikenakan tindakan tatatertib oleh Kementerian Pelajaran.
Selain itu menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi, mereka juga akan berhadapan dengan tindakan undang-undang daripada polis.
Beliau berkata, pihaknya tidak akan berkompromi kerana ingatan demi ingatan telah dikeluarkan supaya rakyat termasuk kumpulan guru dan pelajar tidak menyertai perhimpunan haram itu.
"Kita akui pada perhimpunan Bersih yang lalu memang terdapat segelintir pihak menggunakan pelajar sekolah sebagai benteng pertahanan mereka," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Kebangsaan Pulau Gaya di sini hari ini.
Hadir sama, Guru Besar Sk Pulau Gaya, Jamsen Elahan. 
Sementara itu, Dr. Puad yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO menggesa kerajaan supaya bertindak lebih tegas terhadap dalang perhimpunan haram itu dengan menahan mereka mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dilihat sebagai langkah pencegahan paling berkesan.
Ia kerana tegas beliau, tindakan polis menahan beberapa pemimpin mengikut Ordinan Darurat langsung tidak memberi kesan terhadap kumpulan tidak bertanggungjawab itu.

Malah, beliau berkata, mereka sebaliknya dilihat semakin berani menghasut orang ramai supaya keluar beramai-ramai menyertai perhimpunan haram Sabtu ini.
''Peduli apa yang akan diperkatakan oleh negara luar, gunakan ISA bagi menghalang keadaan daripada bertukar menjadi lebih buruk," katanya.
Dalam pada itu, Dr. Puad mengakui terdapat kekurangan dan kelonggaran sistem penyampaian kerajaan berhubung maklumat lengkap mengenai penjelasan konkrit kerajaan terhadap kesemua tuntutan Bersih.
"Semua tuntutan Bersih telah dijawab kerajaan tetapi apa yang menjadi masalah ialah rakyat tidak mendapat maklumat lengkap dan menyeluruh. Saya lihat ia berpunca daripada kelemahan sistem penyampaian maklumat kerajaan,'' katanya.



Komen K-C,pelajar waji belajar..bkn terlibat dlm pape perhimpunan..mmg tak slh tok amek berat bout isu politik tp as long as korg pkai title pelajar,jgn ikot coz t kalo kne tgkap...black rekod tok anda..PEACE

0 comments:

Post a Comment

Singgah jew kew?? Komen skit..hehe