Musibah BERSIH


Yaaa...isu BERSIH lgi yg K-C ketengahkn...
td K-C tgh lyan bce news kt tnet...
jumpe berita bout BERSIH niyh
rmai peniaga mrah coz perhimpunan2 mcm ni dah byk wat kerugian kt para peniaga
resenye kt Buletin Utama TV3 pnah msok

Jom Layanzz



KUALA LUMPUR 4 Julai -

Pengerusi Peniaga dan Penjaja Lorong TAR Che Kamaruddin Ibrahim menyifatkan pengalaman perit pada tahun 1998, 2007 dan 2009, sudah cukup menunjukkan perhimpunan haram BERSIH akan mengundang satu lagi musibah besar kepada para peniaga dan penjaja.

Demonstrasi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Ogos 2009 telah menyebabkan kerugian mencecah RM 3 juta. 550 buah tapak perniagaan pasar malam dan 500 premis perniagaan mengalami kerugian sekitar RM 1,000 hingga RM 2,500 setiap seorang.
Begitu juga pada tahun 2007 apabila 550 peniaga pasar malam kerugian hampir RM 500,000 kerana gagal menjual barangan punca pendapatan terganggu akibat demonstrasi haram.
Dianggarkan para peniaga pasar malam dan premis perniagaan akan mengalami kerugian hampir RM 1 juta jika perhimpunan BERSIH tetap diteruskan.

"Kami tidak menyokong apa jua demonstrasi yang dianjurkan, pengalaman pada tahun 1998 dan 2007 sudah cukup memberi kesan besar kepada kami," ujar Che Kamaruddin Ibrahim.
"Bukan setakat merugikan peniaga, malah merugikan negara disebabkan kawasan adalah tumpuan pelancong dan tempat membeli belah," tambah beliau lagi.

Ramai peniaga pasar malam dan premis perniagaan mengeluh dengan perbuatan perhimpunan haram ini. Makanan dan minuman rosak, tudung dan kain tidak dapat dijual, kuih muih terpaksa dibuang, buah-buahan menjadi sasaran kerosakan dan berbagai lagi punca yang menyebabkan golongan peniaga di Jalan TAR ini hilang sumber rezeki hanya dalam satu hari.




Bkn tak boleh buat perhimpunan..tp ni ke perhimpunan nak tuntut hak???
dgn rosak kn kedai dan perniagaan org lain...
mane la kerajaan nak bgi muka kalo mcm niyh...
blom dpt lgi hak tp dah mcm2 kerosakan yg terjdik
Kalo K-C pon,tnak bagi coz pew yg K-C nmpak..
bkn tuntut hak tp lbih kerosakan
Peace

0 comments:

Post a Comment

Singgah jew kew?? Komen skit..hehe